BIL | ASPEK | KETERANGAN | CONTOH / CATATAN |
1 | ia | digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja. | *Laporan itu disediakan oleh Encik Subki. Ia akan diteliti dari masa ke masa. ( salah ) |
2 | ialah dan adalah | ialah – di hadapan FN adalah – di hadapan FA dan FSN | a. Profesor Ismail ialah pensyarah di UKM. b. Keputusan itu adalah muktamad. c. Hadiah itu adalah untuk pelajar cemerlang. * Adalah dimaklumkan …(salah) |
3 | beza antara awalan di- dengan KSN di | awalan di- : ejaan rapat KSN di : ejaan jarak | awalan : dipanjat, ditambah, dijahit KSN : di sekolah, di situ, di utara |
4 | beza antara awalan ke- dengan KSN ke | awalan ke- : ejaan rapat KSN ke : ejaan jarak | awalan : ketua, kekasih, kehendak KSN : ke sana, ke pasar |
4 | dari masa ke masa | dari masa ke masa dari semasa ke semasa | * dari masa ke semasa ( salah ) tidak boleh pengguguran secara berasingan |
5 | demi untuk | KSN tidak boleh hadir berurutan | * Kita mesti berusaha demi untuk masa depan. ( lewah ) |
6 | di dalam dan dalam | di dalam – ruang / arah dalam – KSN | a. Sayur itu ada di dalam peti sejuk. b. Husin juga terlibat dalam pertengkaran itu. |
7 | di antara dan antara | di antara – jarak antara - KSN | a. Adik duduk di antara ayah dengan ibu. b. Antara lagu popular masa kini ialah “Kasih” |
8 | di atas dan atas | di atas – arah atas – KSN | a. Buku itu ada di atas meja guru. b. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan daripada pihak tuan. |
9 | oleh kerana / sebab | oleh – KSN yang mesti diikuti KN atau FN. kerana – KH pancangan keterangan sebab – KN | a. Permainan itu tergendala oleh sebab hujan lebat. ( bukan oleh kerana ) |
10 | rindukan /rindu akan | KA yang bersifat emotif | * Wanita itu amat rindukan anaknya. (salah) ……..rindu akan…… |
11 | partikel pun | 13 kata yang dieja rapat | ada,lagi,atau,walau,andai,sekali,kalau,biar, sungguh,mahu,meski,kendati,bagaimana |
12 | kata majmuk | dieja terpisah kecuali 15 kata | rujuk nota |
13 | sehubungan itu /dengan itu | sehubungan dengan itu = sama hubungan dengan itu | lebih mantap jika ditulis sehubungan dengan hal itu. |
14 | selain daripada | KSN tidak boleh berurutan | a. Selain berniaga, dia juga bertani. |
15 | mengenepikan / mengetepikan | ke + tepi + kan = ketepikan meN+ketepi+kan = mengetepikan | Demikian juga dengan mengetengahkan. Huruf k menjadi ng. |
16 | di mana | salah dalam ayat penyata | *Sayur dapat menyihatkan badan di mana sayur banyak mengandungi vitamin. |
17 | memper…/memper...kan | memper…- KA memper…kan – KN + KK | a. Dia mempersembahkan sebuah lagu. b. Pihak JKR sedang memperlebar jalan. |
18 | saling sayang-menyayangi | perbuatan yang saling berbalas – lewah | saling menyayangi, saling mengasihi, saling membantu |
19 | pusat membeli-belah | Siapa yang membeli-belah? | pusat beli-belah |
20 | mengenali KA | dapat disertai kata penguat | sangat luas, paling bijak, amat cantik |
21 | hadirin sekalian & para hadirin sekalian | hadirin = orang yang hadir (Arab) / tunggal | Tuan-tuan dan puan-puan sekalian *sekalian pelajar-pelajar |
22 | menjatuhkan/menjatuhi | menjatuhkan hukuman menjatuhi pesalah | men…kan = objek tidak bernyawa men…i = objek bernyawa |
23 | bukan dan tidak | bukan = FN dan FSN tidak = FA dan FK | a. Dia bukan ayah saya. b. Bandar ini tidak besar sangat. bukan boleh hadir sebelum FK dan FA yang mendukung maksud pertentangan maklumat(…bukan bodoh tetapi malas.) |
24 | kata penguat bebas + sekali | amat + KA + sekali sungguh + KA + sekali sangat + KA + sekali | kata penguat bebas boleh diletakkan di hadapan ataupun di belakang ayat. a. Keretanya amat besar./ besar amat. |
25 | merasa dan berasa | merasa = lidah berasa = mempunyai, beroleh rasa, ada rasa | a. Emak merasa kari yang dimasak olehnya b. Kedua-dua tangannya berasa lenguh. c. Rendang itu masih berasa enak walaupun sudah disimpan beberapa hari. |
26 | maksud justeru | justeru = malahan, bahkan - bukan oleh itu [KD = m/s 551] | a. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya menolongnya. * Kadar kemalangan semakin meningkat. Justeru, kita patut mengambil langkah yang perlu. |
27 | perlantikan dan pelantikan | pe…an = meN…kan per…an = ber | * Perlantikannya mendapat persetujuan. a. Peletakan jawatannya ditentang hebat. |
28 | perlanggaran dan pelanggaran | perlanggaran = berlanggar pelanggaran = melanggar | a. Kereta itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah bas. b. Pelanggaran disiplin berlaku kerana pelajar tidak mematuhi peraturan sekolah. |
29 | memastikan dan mempastikan | kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k,s akan berubah apabila menerima apitan meN…kan. | memastikan = pasti menunjukkan = tunjuk mengurniakan = kurnia menyembunyikan = sembunyi |
30 | mengkagumkan dan mengagumkan | huruf k akan gugur dan berubah menjadi ng | mengagumkan, mengebumikan, mengendalikan |
31 | lain-lain hal dan hal-hal lain | Hukum DM | a. Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan datang. |
32 | di dan dalam kalangan | di = tempat kalangan = golongan | Masalah itu berlaku hanya dalam kalangan pelajar luar bandar sahaja. -di kalangan = diizinkan kerana mantap |
33 | mengajarkan dan mengajar | mengajarkan = apa ? mengajar = siapa ? | a. …mengajarkan tatabahasa… b. …mengajar murid… |
34 | baru dan baharu | mendukung maksud serupa - baru = masa baharu = masih baik | sejak = semenjak sentiasa = senantiasa jika = jikalau serak = selerak |
35 | pendalaman / pedalaman | pendalaman = mendalamkan sesuatu pedalaman = kawasan | a. Pendalaman sungai sedang giat dijalankan. b. Banyak orang asli tinggal di kawasan pedalaman. |
36 | Kerja itu akan saya buat. Kerja itu saya akan buat. | Hukum Aneksi Persona ( C.A.Wees-linguis AS) | …….akan saya buat…… ……akan kami makan…... |
37 | pembelajaran atau pemelajaran | pemelajaran | terbit daripada kata kerja transitif mempelajari bukan kata kerja tak transitif belajar. Cth lain: pemerolehan,pemersatuan |
38 | agung atau agong | hukum keselarasan vokal (a-u) | mesyuarat agung, seniman agung, perhimpunan agung. Kekecualian : Yang di-Pertuan Agong |
39 | Ambillah apa sahaja yang anda suka | Ambillah apa-apa sahaja yang anda suka. | kata ganti nama tanya : apa,siapa,mana |
40 | Berikut ialah butir-butir tentang program ….. | Yang berikut ialah butir-butir tentang program… | Ayat tergantung = FK + FN Transformasi pengguguran = Perkara yang berikut / Yang berikut.. |
41 | Setengah orang tidak suka …. | Sesetengah / Setengah-setengah orang tidak suka. | Kata bilangan tak tentu tidak boleh disingkatkan dengan sewenang-wenangnya Setengah = separuh |
42 | Dia kata kepada saya. Dia senyum kepada saya | Dia berkata kepada saya. Dia tersenyum kepada saya. | KKTT berawalan ber-,ter-,men-, tidak boleh ditiadakan awalannya. |
43 | Dia suka baca buku. Ahmad tendang bola itu. | Dia suka membaca buku. Ahmad menendang bola itu. | KKT dalam ayat aktif tidak boleh ditiadakan awalan men-. Kecuali : makan, minum |
45 | Dia memegang erat-erat tangan ibunya. | Dia memegang tangan ibunya erat-erat. | Hukum KKT – diikuti dengan objek. |
46 | Hal-hal lain / Lain-lain hal | Hukum DM | D= diterangkan M = menerangkan sos cili, keledek goreng, mi maggi |
47 | Sudah lama saya tidak bertemu keluarganya. | Sudah lama saya tidak bertemu dengan keluarganya. | Hukum KKTT = apabila diperluas, perlu diikuti dengan KSN |
48 | Saya akan ke sana bila ada kelapangan. | Saya akan ke sana apabila ada kelapangan. | Bila = kata tanya Apabila = kata hubung |
49 | Pengembala kambing | Penggembala kambing | kata akar = gembala awalan peng-, + gali, ganas, goda |
50 | Merujuk perkara di atas,. | Merujuk kepada perkara di atas, / Merujuki perkara di atas…. | Merujuk=KKTT perlu diikuti dengan KSN *Perkara di atas dirujuk.(salah)= pasif sepatutnya dirujuki |
(*) tanda asterisk = ayat yang tidak gramatis
RUMUS AYAT DUA OBJEK ( Kata Kerja Dwitransitif )
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i | |
meN-…-kan ( penanda kausatif ) - menyebabkan jadi | Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. |
meN-…-i ( penanda lokatif ) - menjadi tempat menerima hadiah | Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. |
RUMUS | men-…-kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada men-…-i = Objek Bernyawa |
CONTOH LAIN | Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah. Ibu mengirimi ayah sepucuk surat. |
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-..kan dan meN-… | |
meN-…-kan ( penanda benefaktif ) - memberikan manfaat | Kakak membuatkan ayah secawan kopi. |
meN-… | Kakak membuat secawan kopi untuk ayah. |
RUMUS | meN-…kan = Objek Bernyawa men-… = Objek Tidak Bernyawa = untuk |
CONTOH LAIN | Ibu menjahitkan ayah sepasang baju. Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah. |
0 comments:
Post a Comment